Agro Market — Pusat Sehenti Yang Memenuhi Semua Keperluan Pelancong Untuk Mendapatkan Makanan Ringan Dan Produk Tempatan Cameron Highlands

Agro Market mempunyai pelbagai kedai yang menawarkan beraneka jenis cenderahati, makanan tempatan Cameron Highlands, tumbuhan pasu, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga dan banyak lagi. Pilihan yang pelbagai membolehkan anda menghayati unsur-unsur budaya Cameron Highlands yang kaya dan tersendiri.

 

Beraneka Ragam Kaktus Dan Bunga Dalam Pasu Kecil Tersedia Untuk Dipilih Dan Dibawa Pulang!

Lawatan anda ke Cameron Highlands adalah tidak lengkap jika tidak dibawa pulang beberapa tumbuhan dalam pasu kecil. Pelbagai jenis tumbuhan yang menawan seperti kaktus dan bunga dalam pasu kecil dengan gaya artistik, tersedia untuk dipilih dan dibawa pulang.

parking icon

Tempat Letak Kereta

Tempat Letak Kereta Yang Luas

200 Lot Letak Kenderaan + 15 Lot Letak Bas Persiaran

Kekurangan tempat letak kereta di destinasi pelancongan merupakan salah satu masalah besar ketika bercuti di Cameron Highlands. Ini menyebabkan ramai pelancong terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi jalan dan menimbulkan kesesakan yang tidak diingini.

Agro Market mempunyai tempat letak kereta yang luas dan mampu memuatkan 200 buah kenderaan, dan tempat letak bas persiaran yang khusus untuk menampung 15 buah bas persiaran. Tempat letak kereta kami terancang dan dilengkapi dengan laluan dan papan tanda arah yang jelas.