hilltop-cafe

Kafe Puncak Bukit

Nikmati Keseronokan Berganda Dengan Menjamu Selera Dalam Persekitaran Berkabus Sambil Menghayati Pemandangan Gunung-Ganang Yang Tersergam Megah

Kafe bertempat di puncak bukit tertinggi di Agro Market ini menyediakan ruang yang nyaman dan selesa untuk menjamu selera dan bersantai. Dari sini, anda dapat menghayati pemandangan pergunungan di Cameron Highlands yang menakjubkan walaupun pada hari hujan atau berkabus.

Selain menyajikan pemandangan gunung-ganang yang indah, kafe ini juga menyediakan beraneka hidangan seperti manisan, kopi dan makanan ringan bagi membolehkan anda menikmati keseronokan berganda dengan menjamu selera dalam persekitaran berkabus sambil menghayati pemandangan gunung-ganang yang tersergam megah.

food

Restoran

Tidak Perlu Cari Makan Di Tempat Lain Bila Rasa Lapar

Temui Pelbagai Pilihan Hidangan Yang Lazat Di Sini

Percutian tidak dapat dipisahkan dari makanan yang lazat. Di sini, anda dapat menemui pelbagai pilihan hidangan, termasuk masakan Melayu dan masakan Cina. Semua yang anda mungkin inginkan, termasuk makanan ringan dan manisan yang popular di Cameron Highlands, boleh didapati di sini.

Di Agro Market, anda dapat menikmati beraneka makanan tempatan yang unik di Cameron Highlands, seperti cendawan goreng, aiskrim strawberi, dan banyak lagi. Semua tempat makan di sini tidak menyediakan daging khinzir dalam sajiannya .

coffee

Kafe & Makan

Medan Selera Yang Berwarna-Warni
Menyediakan Pelbagai Pilihan, Termasuk Kopi, Teh Susu Dan Manisan

Beberapa medan selera disediakan di Agro Market, dan juga menyediakan pelbagai pilihan hidangan kopi dan manisan. Kedai makan direka bentuk dengan warna yang meriah dan bertenaga untuk mewujudkan persekitaran menjamu selera yang ceria dan penuh bergaya. Yang penting sekali, kopi, manisan, roti dan kek yang dijual di sini meraih pujian ramai.

Kawasan Rekreasi

Rasai Hembusan Angin Sepoi-Sepoi Di Kawasan Rekreasi dan Riadah

Nikmati Pemandangan Gunung Menghijau Yang Seindah Lukisan

Selain laluan pejalan kaki di kawasan kedai, Argo Market juga menyediakan beberapa kawasan rekreasi dan riadah yang menawan. Di kawasan-kawasan ini, anda boleh berehat, bersantai atau menjamu selera sambil merasai hembusan angin sepoi-sepoi, menghirup udara segar sambil menikmati keindahan alam menghijau yang begitu menenangkan dan menyegarkan jiwa.